Thursday, 9 August 2012

Coklat Strawberi ♥


Masa start tuisyen , hati seorang gadis ini berdebar-debar kerana ketakutan . Gadis itu pun duduk di depan seorang lelaki yang memakai topi . Satu jam kemudian , gadis itu pun balik dari tuisyen . Beberapa hari kemudian , gadis itu pun berkenalan dengan semua orang dalam tuisyen itu termasuklah lelaki yang memakai topi itu . Tempat yang sama tetapi kejadian yang lain , hati gadis itu ketakutan kerana exam di tuisyennya . Tetibe , gadis itu memegang tangan seorang lelaki . Muke lelaki itu menahan senyumannya kepada gadis itu . Setelah beberapa saat , gadis itu pun keluarkan failnya di beg . Gadis itu membuka fail di bahagian gambar seorang artis yang bernama Adam Lambert . Selepas itu , lelaki tersebut bercakap kepadanya sambil menunjuk gambar Adam Lambert , "Ini , aku" ! kate seorang lelaki itu kepada gadis itu . Apabila cikgu sudah memasuki kelas , exam Bahasa Inggeris pun bermula . Gadis itu memanggil lelaki itu dan gadis itu mahu mencuba mendapatkan jawapan daripada lelaki itu . Tetapi , lelaki itu menutup mukanya dengan kertas . Setelah tamat exam Bahasa Inggeris , gadis itu membagi kertas kepada cikgu tetapi lelaki itu mengaku diri sendirinya yang dia tidak menjawab semua soalan . Gadis itu melihat lelaki itu sambil ketawa kecil . 

Minggu yang seterusnya , rambut lelaki itu berubah . Rambut depannya pendek tetapi rambut di kepalanya ternaik seperti Upin . Gadis itu tergelak melihat rambut lelaki itu . Beberapa minggu , rambut lelaki itu kembali semula cuma rambut depannya sahaja . Tetapi , gadis itu masih tergelak juga . Semasa cuti sekolah yang lepas , lelaki itu pergi ke Cameron Highlands . Dia membawa dompet strawberi dan memberi kepada gadis itu . Pada hari kesekolahan , gadis itu selalu membawa dompet itu bersama-sama . Seorang rakan sekelasnya berasa pelik kerana gadis itu kali pertama memakai dompet strawberi itu . Rakannya berasa pelik kerana gadis itu sememangnya seorang yang ganas tetapi dia bukan seorang tomboy dan dia suka mengacau dan menggurau orang . Perkataan yang selalu digunakan oleh perempuan itu ialah "Rock" ! 

Beberapa hari kemudian , lelaki itu memberi coklat dari Cameron Highlands kepada gadis itu . Pada hari Jumaat dan bertempat di sekolah , gadis itu menyimpan coklat di dalam dompet strawberi itu . Gadis itu menunjuk coklat kepada rakan-rakannya . Sebelum gadis itu menunjuk coklat kepada rakannya , dia memberitahu rakannya yang gadis itu puasa ganti . Setelah dia menujuk coklat kepada rakannya , dia pun membuka pembalut coklat yang bergambar strawberi itu . Selepas itu , dia pun makan coklat itu . Seorang rakannya memberitahu kepada gadis itu yang dia puasa ganti . Gadis itu pun membuang coklat itu dari mulutnya . Gadis itu bernasib baik kerana lelaki itu memberinya dua coklat . Selepas itu , gadis itu pun membuang coklat yang termakan itu tetapi dia sedih kerana satu coklatnya  hilang . Gadis itu menahan kesabaran tetapi dia sedih kerana dia tidak dapat berjumpa dengan lelaki itu semasa bulan puasa . Sebelum puasa , gadis itu pernah memberitahu lelaki itu yang gadis itu tidak dapat datang semasa bulan puasa . 

Semasa bulan puasa ini , gadis itu berasa rindu kepadanya . Gadis itu terserempak seorang rakan tuisyennya di sekolah semasa waktu rehat . Gadis itu bertanya kepada rakan tuisyennya , "Dia datang tak tuisyen " ? Rakan tuisyennya mengangguk dan menjawab "Ye". Rakan tuisyennya bercakap lagi kepada gadis itu , "Dia kate mane awak" ? Lalu , gadis itu pun tersengih-sengih dan rakan karibnya cemburu apabila lelaki itu bertanya seperti itu . Loceng rehat pun berbunyi , kami pun pergi ke kelas semula . Gadis itu bercakap kepadaku yang dia tidak sabar berjumpa dengan lelaki yang bernama Syahmi selepas habis raya . 

# Ini bukan cerita dongeng , ini kisah realiti . Kehidupan seorang kawan karibku , Jafni yang selalu bercerita tentang Syahmi . Aku sebagai kawan Jafni , aku tanya diri sendiri "Adakah ini cinta" ? :P